Monday, 15 March 2010

Maulana AF8 (Prelude) Concert



This song is synonym to Maulana's endeavours...We see Maulana singing...not Hazami....and please rewind and hear it endless time and it is very inspiring...
Syabas Maulana!

Gambar-gambar Maulana dari angle yang berbeza semasa Konsert Pembuka Tirai (Prelude) AF8 (from our Digicam video)







Sunday, 14 March 2010

Konsert Pertama Maulana




Anak bujang kami MAULANA AF8 memulakan Tirai Akademi Fantasia dengan lagu yang amat bermakna bagi dirinya, Abah Maulana khasnya dan seluruh ahli keluarga kami....Lagu TEKAD nyanyian Hazami bukan calang2 orang boleh bawa...seperti kata Ning Baizura, tetapi Maulana telah membuktikan beliau dapat menyampaikan lagu ini dengan amat baik sekali. Hayati lirik lagu ini dan bagaimana dia menyanyikannya dengan penuh perasaan dan begitu bermakna.

TEKAD - Hazami

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

(korus)
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita

Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian
(ulang korus)
(bridge)

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita
(ulang korus)


Suami Kak Ungku sempat mengambil video melalui digital kamera kami (captured direct from our TV screen)....tapi seganlah nak upload ke blog ni, sebab kualiti yang kurang memuaskan di samping ada suara2 background yang 'menganggu'....hehe....kita tunggu video dari Astro/Murai .com.my ajelah yer... Dengan adanya video ni my hubby dapatlah tengok persembahan anak lelaki tunggalnya ni berulang kali.



Suami Kak Ungku ni... nak kata dia menghalang...tidak jugak, cuma beliau mahu menegaskan kepada Maulana tentang pentingnya education. Sekurang2nya menurut my hubby, sekiranya Maulana tidak menjadi penyanyi yang berjaya, dia ada professional career untuk dijadikan sandaran. Penyanyi yang educated akan dihormati, selain daripada intelligent, mereka ni creative. Maulana yang Kak Ungku perhatikan memang mempunyai sentuhan artistik atau seni yang tinggi, pandai melukis dan his passion in designing memang tidak dpt dinafikan. Tetapi impian dia untuk menjadi seorang penyanyi & penghibur mengatasi segala2nya (kuah nak tumpah ke mana...) ....so his studies become secondary. Abah dia menghormati dan merestui kehendaknya dengan hati yang terbuka tetapi agak berat.....dengan syarat Maulana berjanji untuk complete kan degree nya di UiTM, Shah Alam dalam jurusan Sarjana Muda Graphic Design yang cuma tinggal beberapa semester sahaja lagi.

Sebab itu bait-bait lagu Tekad:

Takdir Maha Esa

Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita

Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian


dapat disampaikan oleh Maulana dengan sepenuh hati dan baik sekali kerana ianya amat bermakna buat dirinya. Di akhir persembahan Kak Ungku dapat melihat airmata jernih di bawah mata sebelah kanan Maulana. Tersentuh perasaan Kak Ungku waktu itu....


Kak Ungku selalu mengingatkan Maulana dalam apapun yang ingin dilakukan dapatkan RESTU kedua ibubapa agar ianya diberkati....sebagai anak yang baik, beliau patuh. Kami semua sudahpun memberi RESTU atas cita-citanya, semoga Maulana akan mendapat apa yang diimpikan....cuma jangan lupa kepada agama, maruah diri, keluarga, sentiasa humble setelah berjaya kelak.

Kami harapkan yang TERBAIK dari Maulana....doa kami mengiringi 'perjuangan' Maulana.
All the best Maulana........! AFUNDI MAULANA.....!



Thursday, 11 March 2010

Press Conference for AF8 Students




Press Conference for the Akademi Fantasia 8 (AF8) Students. Congrats to all students... not bad, you guys!
To be exact on time frame for Maulana's at 3:01min. Menuju Puncak, they all menari beramai2 at 4:28 min. Maulana was the 3rd from right. See how beautifully he sways and moves his body along with the music and the beat...and shuffle a bit (tunjuk skill lah sikit)...haha go Maulana, keep it up!

Wednesday, 10 March 2010

Profil MAULANA AF8


Nama Penuh: Muhammad Firdaus Maulana B. Mohamed

Tarikh Lahir: 23 Januari 1988

Tempat Lahir: Johor Bahru

Umur : 22 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama: Islam

Tinggi : 173cm

Berat : 64kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Pelajar (Ijazah Sarjana Muda Graphic Design UiTM)

Pendidikan Tertinggi: Diploma

Adik Beradik: 6 orang (ke-5)

Hobi: Bermain gitar, cipta lagu, designing dan menyanyi.

Gambar Peribadi: Periang, suka buat lawak, sakat orang, kadang-kadang panas baran.


Aset yang ada pada diri Maulana:

  • Suara
  • Berbakat dalam mencipta lagu & bermain guitar
  • Passion in designing
  • Perwatakan ceria
(sumber: astro.com.my/akademifantasia)


3 soalan dalam Profil Maulana yang Kak Ungku tertarik:


Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam hidup anda sepanjang tahun 2007-2009.
  • Mendapat Anugrah Dekan UiTM 3 kali
  • Membuat persembahan untuk International Conference
  • Bekerja sebagai pereka grafik di Shanghai

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Tidak mendapat kebenaran daripada bapa untuk menyanyi.
haha....Abah ada apa2 nak komen?
mmmm..... no komen dari Abah dia....
;D


Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Menaikkan martabat muzik di Malaysia ke peringkat antarabangsa.


AFUNDI MAULANA



Tuesday, 9 March 2010

Anak Lelaki Suami Kak Ungku Masuk AF8


Tahun ini AF8 amat bermakna bagi Kak Ungku & family, sebab anak lelaki my hubby (so anak tiri Kak Ungkulah), Muhammad Firdaus Maulana bin Mohamed (kami panggil dia Maulana) telah berjaya menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke 8 tahun ini.


Kalau AF yang lepas2 Kak Ungku tak ambil kisah sangat dan kalau tengokpun dok komen2 peserta-peserta AF or kutuk2....ha ambik sekarang, anak sendiri yang masuk AF nak komen apa agaknya ek? Lepas press conference hari ini, 9 Mac, barulah officially kami boleh keluarkan berita Maulana masuk AF8.

Pada Kak Ungku, Maulana memang mempunyai bakat untuk menjadi seorang entertainer yang baik jika diasah bakatnya. Menurut Abah dia....sejak kecik dah nampak talent dia. Maulana ni memang intelligent & creative, boleh menyanyi dengan baik (mewarisi bakat seni mama dia, S.Mariam), menari (a good shuffler) dan boleh bermain guitar dengan baik (mewarisi bakat seni abahnya). Dah banyak kali masuk pertandingan menyanyi, audition AFlah, One in a Million, Mentor tapi bila final stage audition tak berjaya sebab alasannya Maulana masih menuntut, masa tu di UiTM - Merbok, Kedah dalam jurusan Diploma in Industrial Design.

Tetapi tahun ini dia dah tak boleh tahan...bila dapat masuk AF8 terus beritahu abah dia....urut dada my hubby.....
"Abah tetap mahu Maulana complete kan degree kalau nak dapat restu Abah" kata my hubby pada Maulana
"InsyaAllah Abah...Maulana janji....Abah berilah restu Maulana masuk AF8 ni.."
'Habis your studies macamana?"
"Maulana ambil cuti 1 semester (semester ke-3, Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik, UiTM, Shah Alam)".
"OK kalau itu kehendak Maulana, you have my blessing....jangan malukan Abah....show your best talent."
"InsyaAllah...Maulana janji...I'll do my very best! Terima kasih Abah...and Aunty Bad for your support'.
Terngiang2 telinga Kak Ungku dengan conversation dua beranak....

Itulah kehendak anak bujang kami....layankan ajelah....dia nak sangat masuk AF, alang2 tu, buat betul2 dan terbaik, jangan menyanyi ikut syok sendiri aje sudahlah...nanti siapa yang malu?.... mereka dan keluarga mereka! Buat habiskan 'bogheh' (beras) Astro aje....

So sama-sama kita tunggu 13 Mac ni untuk Konsert Pembuka Tirai (Prelude) AF 8. Macam manalah agaknya persembahan pertama Maulana ye? Mari kita tungguuuuuuu Sabtu ini, ok?
All the best....Go Maulana!



Gambar dari murai.com.my


Gaya Maulana sebagai seorang entertainer yang bakal digilap......





AFUNDI MAULANA

Friday, 26 February 2010

Happy Birthday My Love.....






Selamat Hari Lahir ke 54
kepada suami tersayang....semoga sentiasa di dalam iman dan rahmat Allah hendaknya, insyaAllah.


Saturday, 20 February 2010

Stroke Rehab - My Brother Is Back On His Feet Again

My brother is now back on his feet again...a miracle recovery.....alhamdulillah, syukur to Allah.
He will be back to work after this CNY, insyaAllah.

To my beloved hubby who's always be the shoulders to cry on and be there for him, may Allah bless you always....
To my sis-in-law Kak Aida, my brother's children Faiz, Nuha, Aqilah & Aiman, my aunt Cik Ton, my sis Angah & family, Zainol & Ros, Tok Pek, Kak Long & family, beloved cousins and the rest of my families and friends, my greatest gratitude to you all, thank you for your wonderful support & encouragement, prayers and doas...for my Brother speedy recovery.

This song is dedicated to my beloved Bro for his courage & spirit.... to be back on his feet again.....learn from your mistakes Bro, gather back your strengths, overcome difficulties that come your way, all we can do is to live it to the fullest and be strong always....
Love you Bro....forever


Barisan Tenaga Pengajar AF 8


SEGALA teka-teki tentang Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) akhirnya terjawab. Pengetua baru AF8 kini disandang oleh Norman Abdul Halim (KRU).

Nama Norman diumumkan di sebuah sidang media majlis pengumuman rasmi pengacara, tenaga pengajar dan pengetua AF8, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Hos baru AF8 juga turut menepati ramalan iaitu Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley.

Kedua-dua mereka akan bergandingan pada hari konsert yang akan diadakan setiap Sabtu. Konsert Pertama AF8 akan mula bersiaran pada 13 Mac depan melalui saluran ASTRO RIA.

Selain itu, AF8 juga, turut menampilkan muka baru iaitu pelakon berbakat, Que Haidar selaku jurulatih drama. Untuk musim baru ini, pihak ASTRO masih mengekalkan barisan tenaga pengajarnya yang terdiri daripada Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris).

Pembaharuan untuk musim ke lapan ini adalah memilih hari Sabtu sebagai hari untuk peserta membuat persembahan, manakala hari Ahad pula hari 'Debaran' di mana peserta akan disingkirkan.

Pada musim ini, para penonton dan peminat AF akan diberi lebih masa dan peluang untuk menilai prestasi persembahan peserta kegemaran masing-masing sebelum menghantar undi.

Manakala penyingkiran peserta pula akan hanya dilakukan pada hari Ahad melalui program siaran langsung Debaran AF.

p/s:

Kak Ungku rasa berdebar-debar pulak nak tengok AF8 kali ini....Anuar & Hidayah dahpun dapat clue nya...pandai mereka teka! Jom sama-sama kita tonton Konsert pertama AF8 pada 13Mac ini, ok? 26 Februari depan, Hari Jadi my hubby.... 14 Mac tu pulak Hari Jadi Kak Ungku Betty.....emmm what's the surprise, ek? Just wait & see.............

Related Posts with Thumbnails