Hari Khamis lepas 29 Julai, mood masak Kak Ungku ada...jadi fikir-fikirlah apa yang hendak di masak untuk makan tengari dan minum petang.
Bukak blog masakan Mat Gebu, Dapur Bukan Sempadan. Tepandangkan masakan pastry/pie dia. Bukak fridge ada lebihan sardine semalam dan Kak Ungkupun ada beli pastry puff jenama Kawanku..ada dua pack.
Jadi tengahari Kak Ungku masak gulai tumis ikan merah (stail Johor) dan untuk minuman petangnya pula Kak Ungku buat Black Pepper Sardine Puffs. Resipi intinya...Kak Ungku guna lebihan lauk sardine semalam cuma pecahkan telur, tambah bawang besar dan daun saderi/bawang. Pastri puff Kak Ungku guna jenama Kawanku. Ini lah hasilnya......
Saturday, 31 July 2010
Black Pepper Sardine Puffs
Posted by Kak Ungku Betty at 13:32 3 comments
Labels: What's cooking?
Thursday, 29 July 2010
REUNION TMIS BATCH 1978 - Part 2
24 Julai 2010....
Malam Reunion, Gala BBQ Dinner, Dagang Hall, Hotel Pontian.... kami mula menerima tetamu mulai pukul 8.00 mlm. Riuh rendah dibuatnya, maklumlah ada yang dah 3o tahun lebih tak jumpa, ada yang dah 25 tahun tak jumpa.....nostalgia & syahdu betul malam tu. Mas Idura, Ridza, Kak Ungku dan Noraizah ditugaskan menyambut para tetamu.
dari kiri: Cikgu Abdullah Bakar, Cikgu Bokhari, Norzein, Kak Ungku,
Murad, Noraizah, Ridza & Mas Idura
Bro emcee kami malam tu, Omar Mustafa...tak sangka pulak berbakat besar jadi pengacara...he made our gala night so lively....Pengerusi Reunion, Norzein Ab Kadir pulak memang best, sporting habis, penyokong kuat kami yang telah banyak berkorban bagi memastikan REUNION ini berjalan dengan lancar.
Gambar kanan: Norzein Abd Kadir
Lepas dari ini.....Kak Ungku masukkan semua gambar-gambar REUNION yang happening. Tak payah banyak tulis, nanti bila rajin Kak Ungku akan edit & up-date foto2 ni dari masa ke semasa. Tetapi dari gambar telah mengambarkan segala-galanya.....a picture paints a thousand words ;D
Food..glorious..Food!
Beriani & BBQ dinner sets.....absolutely delicious ;D
Maulana tak ada...Abah Maulana adapun dah cukup menghiburkan kami.
Dengan menyanyikan lagu Suriram....ramai yang terkedu bila on the spot kena pantun....hehehe
Haaa... malam tu giliran Cikgu Dolah pulak kena sergah dgn Abah Maulana
untuk berpantun dalam lagu Suriram......tapi Cikgu Dollah memang sporting habis...
iaitu Tuan Ahmad Al-Jahsyi, Pengarah Perlancongan Negeri Melaka. Terima kasih Tuan...
gambar kiri : Cikgu Bokhari
gambar kanan : Cikgu Abdullah Bakar
Walaupun sudah lebih 30 tahun kami meninggalkan TMIS
namun guru-guru kami tanpa jemu masih terus menasihatkan kami
agar menjadi insan kamil, terus menyumbang kepada
agama, bangsa dan negara. Jasa mu sentiasa kami kenang....
Tahun depan, insyaAllah kita berjumpa lagi dengan REUNION yang lebih happening, atas permintaan ramai kita akan combine TMIS Batch 1978 & SSP Batch 1983. Kak Ungku mengharapkan sokongan padu dari semua. Di mana agaknya ekk....Putra Jaya, Melaka, Port Dikson....mmm Ridza jemput kalau nak buat di Calgary, Kanada....jauh sangat tu, thanks for the invitation Ridz....atau kembali nostalgia lama, sekali lagi di Pontian. So fikir-fikirkanlah ye....Jumpa lagi tahun depan.....insyaAllah.
Posted by Kak Ungku Betty at 18:13 0 comments
Labels: Reunion TMIS Batch 1978 - 2010
Monday, 26 July 2010
REUNION TMIS BATCH 1978 - Part 1
Kak Ungku memang excited untuk bertemu balik dengan sahabat-sahabat zaman sekolah rendah dulu - Tengku Mahmood Iskandar School (1) & (2), Pontian, Johor atau pendeknya TMIS....wow ramai jugak yang dah 32 tahun tak jumpa.....Norzein Abdul Kadir, Ridza Ahmad, Shamsul Koka dan Omar Mustafa (sebab they all ni lepas Darjah 6, masuk boarding school). Sahabat-sahabat yang lain tu...dah lost contact lepas Form 5/6 - Sekolah Sri Perhentian, Pontian (SSP)....adalah lebih daripada 25 tahun tak jumpa. Lepas sekolah masing-masing bawa diri.....dengan izin Allah kami 'berjumpa' semula dalam Facebook (FB) setelah lebih daripada 3 dekad tak bertemu.
Guru kelas: Cikgu Abdullah Bakar
Kak Ungku (berdiri barisan akhir no.3 dari kanan) Norzein (barisan ke-3, no. 2 dari kanan) Ridza (barisan ke-2, no.5 dari kiri) Noraizah (barisan ke-2, pertama dari kanan) Mas Idura (berdiri barisan akhir, no.4 dari kiri) Omar (barisan ke-3, no.4 dari kanan)
hehehe...comel-comel semuanya kan?
Through hard ways...by calling2 through phones (oh yes not forgotten... million thanks to our buddy Norazman a.k.a Nong for giving me all the contact numbers of our friends) and promoting our REUNION through my FB, at last, I've managed to gather about 60 of us (plus our former teachers, spouses and kids)....alhamdulillah. My hubby memang banyak bersabar melayan kerenah Kak Ungku yang excited tahap gaban nak organise REUNION ni. Love you Abang... ngee. To my buddies Norzein & Ridza....you're really our backbone, without you both, it's impossible to turn this event into reality, also to Mas, Noraizah and Omar (ad hoc committee, hehehe)...zillion thanks buddies.
July 24, 2010.....
I've already announced in my FB that all committee should gather at the hotel the earliest by 3.00pm. Due to the weather and more convenience space to occupy about 60 of us.....we've agreed to change the venue instead of in the open air Terrace, we've changed it to Dagang Hall....right decision Zein.... awesome ;D
So petang tu...untuk pertama kalinya Kak Ungku berjumpa semula dengan Norzein and Omar (selepas lebih dari 3 dekad!)... OMG they've changed a lot... physically... haha jangan marah buddies. Then later Noraizah, Mas Idura & Ridza my long lost childhood buddies, Zainin, Hairi and Murad came along to join us .... wow! what a mini reunion!
and signing of autographs
***********************************************************
3 Sahabat - Dulu & Sekarang
32 tahun yang lepas......ada 3 orang sahabat baik.
Mas Idura, Betty & Ridza
Tengok, sungguh riang & ceria kanak-kanak ini
di Hari Jadi sahabat mereka, Mas Idura.
Happy 12th Birthday, Buddy.......
Lihatlah mereka sekarang....ada apa2 perbezaan?
Masih tetap manis, ceria, mesra dan walaupun secara fizikalnya
mereka telah banyak berubah.....tetapi mereka bertiga
tetap maintain awet muda (umur dah masuk 44 tahun)....kan, kan? ;D
Posted by Kak Ungku Betty at 13:37 0 comments
Labels: Reunion TMIS Batch 1978 - 2010