Sunday 1 April 2012

Majlis Resepsi Armin & Siti Hajar

Sabtu lepas 31 hb Mac telah berlangsung Majlis Resepsi Menyambut Menantu sepupu Kak Ungku, pasangan Tengku Zaila - Ezani, majlis berlangsung di Convention Centre, Sime Darby, Bkt Kiara, Kuala Lumpur.

Anakanda sepupu iaitu Armin Ezani telah bertemu jodoh dengan pasangannya Siti Hajar Khalit. Pasangan yang secocok sekali, sama cantik, sama padan....sweet couple. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, insyaAllah. Congrats Armin & Hajar....



Gambar-gambar dari photo album kami....

Pasangan pengantin bersama ayahanda & bonda
(dari kiri: anakanda Armin, Siti Hajar, Tengku Zaila & Ezani Abu Bakar)

Pengantin bergambar bersama-sama ayahanda-ayahanda dan bonda mereka
(sempoi aje sepupu-sepupu Kak Ungku......)

Persembahan dari keluarga pengantin lelaki....
Tak sangka pulak ada 'bollywood' artis dalam keluarga kami....

Antara tetamu terhormat adalah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah

dan Tun Musa Hitam



Kak Ungku datang bersama-sama suami, anakanda Maulana dan Farhan. Maulana dan Abahnya diberi peluang untuk menghiburkan para jemputan. Maulana menyanyikan lagu-lagu evergreen seperti Fly Me To The Moon, Sway dan My Way. Lagu duet bersama abahnya pula adalah Quando, Quando, Quando dan Can't Take My Eyes of You. Beberapa lagu telah diiringi oleh tiupan saksefon oleh ayahanda pengantin iaitu Ezani Abu Bakar. Awesome performances by the trio.... ;D




Kak Ungku berpeluang untuk bertemu buat pertama kalinya dengan rakan FB iaitu Mddinar Thamrong @ Abang Din dan isterinya Kak Azimah Othman....tak sangka Kak Azimah rupa-rupanya adalah ibu saudara kepada pengantin perempuan....keciknya duia ni, kan...!


Gambar-gambar lain dari photo album kami....



0 Yorum var:

Related Posts with Thumbnails