Thursday 16 February 2012

Bumi Berdepan Ribut Solar Terkuat


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas. Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas. Pancaran itu, katanya, tiba di Bumi sejam kemudian. Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini. Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005. Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam. Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi

***********************************************************************************

Pesawat AS Ubah Laluan Kerana Ribut Solar Matahari

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.

Syarikat penerbangan AS, Delta Air Lines menyatakan, ia mengubah laluan penerbangan rentas kutub antara Asia dan AS untuk mengelakkan masalah akibat radiasi ribut matahari berkenaan.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) mengesahkan radiasi yang dikenali sebagai Letusan Besar Korona (CME) mula bertembung dengan medan magnetik Bumi sekitar pukul 10 pagi (waktu AS) kelmarin.

Menurut NASA, ribut matahari kali ini dianggap yang terbesar sejak Oktober 2003.

Radiasi ribut matahari tidak membahayakan manusia di Bumi tetapi ia berupaya menjejaskan operasi satelit dan perkhidmatan radio gelombang pendek.

Letusan radiasi itu diramal terus menghentam atmosfera Bumi hingga hari ini.

Seorang ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, ribut matahari itu bermula lewat Ahad lalu dengan letusan api meledak berhampiran pusat matahari. – AFP



0 Yorum var:

Related Posts with Thumbnails