Wednesday 19 January 2011

Kenang-Kenangan Di Terengganu....

Di sepanjang Kak Ungku, Hubby serta team berada di Terengganu,
mengendalikan kursus EDUWEBTV Ver2.0 dari 10 - 13 Januari 2011,
banyak kenangan manis kami di sana.
Overall perjalanan kursus berjalan dengan lancar.
Tahniah kepada semua pegawai2 BTPN dan PKG yang terlibat...TERBAIKKK!

Jom kita tengok gambar2 dari album kami....
Aksi hubby Kak Ungku dengan 'anak2 buahnya' ...
Mereka cuba mengangkat monumen 'Batu Bersurat' Terengganu....haha kelakar
nya...

Bila masa pulak hubby saya jadi 'Badang' ni....

Jom! Ramai-ramai kita angkat 'Batu Bersurat' niii....


Kak Ungku dan peserta2 wanita tidak cuba untuk mengangkat 'Batu Bersurat'...tetapi cuba gosok2 aje....hahaha



Hari terakhir iaitu pada hari Khamis, 13 Januari 2011, sebelum bertolak balik sempat jugak Kak Ungku berjalan-jalan pergi membeli batik, keropok dan keropok lekor...

Kak Ungku sempat jugak pergi berkunjung ke Noor Arfah Batik dan membeli beberapa pasang kain & baju batik buat kenangan. Rasa ralat sebab dalam sibuk memilih...sampai terlupa lah pulak nak ambil gambar.

Cuma kami sempat mengambil gambar sewaktu berkunjung ke sebuah kedai - 'Cik Sharipah Awang 88' yang menjual pelbagai jenis hasil laut....keropok lekor 88 mereka memang sedap dan asli, batik, sutera, kaftan, tudung, seluar, pario dll. Sebuah perusahaan keluarga turun temurun.






Monday 10 January 2011

Kursus Latihan Penggunaan EDUWEBTV Ver 2.0 - BTPN Terengganu , 10-13 Januari 2011

BTPN13 - BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
NEGERI TERENGGANU
ZON TIMUR - TERENGGANU/KELANTAN/PAHANG
10 - 13 JANUARI 2011

KURSUS LATIHAN EDUWEBTV V2.0. COHORT B6001


Kursus Latihan EDUWEBTV Ver2.0
Cohort B6001 & B6002


Apa itu Portal EDUWEBTV?

Portal EDUWEBTV yang berasaskan portal video pendidikan yang interaktif telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital Untuk Semua (Digital Education For All). Pembangunan Portal EDUWEBTV ini membolehkan sistem penghantaran program pendidikan untuk Guru-guru dan Murid-murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah bertaraf Bestari.



Hari Pertama:

10 Januari 2011


Untuk sessi pertama bagi Zon Pantai Timur, Kursus Latihan Penggunaan EDUWEBTV Ver 2.0 ini, dibuat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) - Terengganu, yang terletak di Marang. 1st batch ini terdiri daripada pegawai-pegawai PKG (Pusat Kegiatan Guru) dan BTPN Terengganu, Kelantan dan Pahang iaitu seramai 45 orang. Kursus ini memberi penerangan tentang penggunaan EDUWEBTV Versi 2 secara hands-on kepada pegawai PKG dan BTPN. Peserta kursus dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan di bawah kami adalah seramai 24 orang.

Gambar2 dari Album kami....

Otai-otai EDUWEBTV - my hubby Mohamed, Rosli & Hafizal






Hari Kedua:
11 Januari 2011










Hari pertama dan kedua kursus adalah mengenai pengenalan & pendedahan kepada EDUWEBTV Version 2.0, ianya adalah lebih kepada hands-on penggunaan EDUWEBTV dengan penekanan diberi kepada aspek teknikal, seperti trouble shooting, penyediaan video, playlist, upload & download video, sessi reinforcement dan persembahan dalam kumpulan.

Hari Ke-3 & Ke-4:
12 Januari 2011


Hari ketiga dan keempat adalah lebih kepada group presentations - aplikasi EDUWEBTV sebagai bahan P&P, gambar kenangan dan penyampaian sijil.











KURSUS LATIHAN EDUWEBTV V2.0. COHORT B6001
Trainer: En Mohamed bin Sehat
Facilitator: Tengku Badariah Hassan

Wednesday 5 January 2011

Back On The Road Again....EDUWEBTV

Alhamdulillah....a good and brand new start in 2011.
My hubby & I are appointed again as trainer and facilitator,
to conduct few sessions of EDUWEBTV training program under MOE.
If in 2009 we were to train more that 2,000 teachers nationwide,
this year, we have the opportunities to train,
about 400 PKG (Pusat Kegiatan Guru) officers for Terengganu, Kedah,
Selangor and Johor states effectively from Jan 10 - Feb 10, 2011.
I'll update on my trips and the training programs as well,
from time to time, insyaAllah.
My prayers....may all our training programs run smoothly,
and able to deliver our duties as trainer & facilitator up the best....insyaAllah.




Some of our photos from our photo album....
(We'd conducted EDUWEBTV training programs for school teachers,
in Pahang, Kedah, Melaka and Johor - 2009)








EDUWEBTV.....BEST!

Monday 3 January 2011

Amalan Kebaikan Walaupun Remeh Tetap Dinilai

Oleh Wan Aminurrashid Wan Abd Hamid

HIDUP ini harus dipenuhi dengan amal salih dan meninggalkan semua amal jahat kerana itulah sifat sebenar mukmin. Islam mengajarkan segala perbuatan baik dilakukan dengan ikhlas sama ada besar atau kecil, sedikit atau banyak tetap dinilai oleh Allah SWT dan tersedia baginya ganjaran pahala.

Allah SWT menggalakkan kita berlumba mengerjakan kebaikan dengan tidak menetapkan nilai atau ukurannya seperti firman-Nya bermaksud:

“Maka berlumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan.” – (Surah al-Baqarah, ayat 148)

Adakalanya kebaikan itu mungkin kecil pada pandangan manusia, tetapi nilainya besar pada pandangan Allah. Memberi senyuman tidak kira kepada siapa pun ketika bertemu mungkin dianggap perkara kecil atau remeh tetapi senyuman ikhlas yang diberikan itu mempunyai nilai sedekah kerana menimbulkan kegembiraan orang lain, mengeratkan ukhuwah sesama Muslim.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman).” – Hadis riwayat Muslim)

Mengukir senyuman adalah kebaikan yang tidak memerlukan modal, namun ganjarannya besar dan begitu memberi kesan positifnya dalam kehidupan bermasyarakat.

Lihatlah, berapa banyak restoran yang laris jualannya dan memikat ramai pengunjung kerana keramahan dan senyuman pemilik serta pelayannya berbanding restoran yang memberi layanan tidak mesra.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” – (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu.

Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan.

Kita tidak tahu sebenarnya apakah amalan kita selama ini yang mendatangkan rahmat dan keredaan Allah. Mungkin rahmat dan reda Allah datang sewaktu kita mengukir senyuman kepada rakan, sewaktu memberi salam atau memimpin orang yang buta melintas jalan.

Jadi, meremehkan kebaikan kecil itu sebenarnya salah besar kerana siapa tahu, dengan kebaikan kecil itulah yang akan memberikan pahala besar, meraih rahmat dan reda Allah SWT.

Tawakkal Jalan Terbaik Hadapi Dugaan Hidup

Oleh Khairunneezam Mohd Noor

Setiap kejadian menimpa manusia
pasti ada sebab serta mempunyai hikmah.

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.

Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.

Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.

Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.

Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.

Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’.

Sunday 2 January 2011

Menu Istimewa Untuk Keluarga....

Hari ini Kak Ungku & Hubby menerima kunjungan ahli keluarga...
adik lelaki Anol & isteri - Rossy Rose, emak saudara - Cik Ton
& Mak Peah serta anak saudara Kak Ungku - Amzar

Sesekali berkumpul memang seronok.
Mulalah satu persatu menu masakan keluar.
Kali ini, Kak Ungku masak istimeawa sikit.
Hidangan Nasi Minyak, Ayam Seroja, Dalca Daging...
Pencuk, Acar Buah, Papadom, pencuci mulut buah tembikai
dan air fruits mixed.

Jom kita layan gambar-gambar ni.....


Hidangan Istimewa Kak Ungku

Nasi Minyak bersama Dalca Daging,
Ayam Seroja, Pencuk, Acar Buah & Papadom


Nasi Minyak

Dalca Daging

Ayam Seroja

Pencuk & Acar Buah


Related Posts with Thumbnails