Saturday 10 December 2011

Konsert Reunion Akademi Fantasia (AF)Terakhir 2011

Adooii yai Kak Ungku dan hubby melayan kerenah anakanda perempuan hubby, Farhana untuk menonton rakaman Konsert Reunion AF Terakhir 2011, pada hari Sabtu yang lepas, 3 Disember 2011. Rakaman konsert ini dibuat di AEON Jusco, AU2, Setiawangsa. Tak taulah pulak bila ASTRO nak tayangkan kat TV. Punyalah ramai orang, nasib baik anakanda Maulana AF8 dapatkan kami 3 pass masuk, bolehlah duduk bersama-sama artis...hehehe

Gambar kredit kepada: AF Talent

Pak Nil selaku juruacara, memang best dan menghiburkan. Semua pelajar yang sekarang bergelar artis dari AF1 hinggalah AF9, bergabung untuk membuat persembahan. Boleh tahan suara budak-budak AF ni. Maulana AF8 anak lelaki hubby tidak membuat persembahan, tetapi hanya buat penampilan bersama Ain untuk menyampaikan trofi bagi pemenang Anugerah Duet Terbaik yang dimenangi oleh Mawi & M Nasir.

Ain, Maulana dan Pak Nil
Gambar kredit kepada: Razman Nordin

Banyak lagi anugerah-anugerah lain seperti Anugerah Balada Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Mawi, Balada Wanita Terbaik jatuh kepada Mila, Anugerah Dangdut Terbaik dimenangi oleh Zarina dan lain-lain lagi. Tak payah detail lah yer, nanti tengok konsert reunion ni kat TV ASTRO aje....

Rakaman habis dalam pukul 12.30 malam. Konsert AF menutup tirai buat selama-lamanya dengan diakhiri oleh persebahan tarian menuju puncak oleh 'pelajar-pelajar'. Berterabur budak2 ni menari...hahha dah lupa steps yang diajar oleh guru2 tari mereka! OKlah not bad secara keseluruhannya, bolehlah cari makan dan jual suara budak-budak AF ni...
Sayonara Akademi Fantasia.....

Gambar-gambar kredit kepada: Razman Nordin

Tarian dan nyanyian Menuju Puncak
oleh 'pelajar2' AF


Yang seronoknya Kak Ungku bertemu dengan rakan FB yang merupakan penyokong kuat AF iaitu Shamsimar Abdul Rahman....at last kami berjumpa jugak. Selalunya kami berhubung melalui FB sahaja. Konsert Reunion Terakhir AF...tapi Reunion Pertama buat kami berdua... hahaha....nice meeting you Sham ;D

Kak Ungku bersama Shamsimar


Tak ada mood nak bergambar sebab kamera kami rosak...so ambil gambar guna handphone aje....Ini ajelah gambar2 yang sempat kami posing.... ;D

Maulana, Hubby, Kak Ungku, Farhana dan Amani....


Haziq, Bob, Kak Ungku dan Farhana



Gambar2 kredit kepada: AF Talent & Razman Nordin


0 Yorum var:

Related Posts with Thumbnails