Friday 17 June 2011

Panduan dalam memilih SAHABAT

Imam Al-Ghazali menerusi kitabnya yang bertajuk Ihya` Ulumuddin (Bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika negkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.
4. JIka engkau menghulurkan sesuatu kebaikan padanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Lantaran itu, berhati-hatilah dalam memilih sahabat. Kesilapan dalam memilih sahabat bukan sahaja membawa kita ke lembah kehinaan malah apabila kita memerlukannya pada waktu yang amat sukar, sudah pasti dia akan menjauhkan diri dari kita. Sebagai seorang sahabat pula, seboleh-bolehnya kita jadilah sahabat yang terbaik kepada mereka yang memerlukan.

Wallahu`alam.

0 Yorum var:

Related Posts with Thumbnails