Wednesday 4 May 2011

Puff Pastri... Aneka Puff dan Portuguese Egg Tarts

Dari kulit puff pastri jenama Kawan...
Kak Ungku boleh buat pelbagai jenis puff....
Curry Chicken, Tuna, Sardine Puffs, pies...
and also my all time fav - Portuguese Egg Tarts.
Kak Ungku memang suka masak sesuatu yang simple, mudah, cepat dan enak.
Banyak resipi Kak Ungku dapat dari blog Mat Gebu @ tiffinbiru.blogspot.com
Taraaaa....inilah hasilnya ;D




My Chicken & Tuna Puffs


My fav Portuguese Egg Tarts


Resipi Portuguese Egg Tarts

Bahan untuk custard filling:
250ml susu penuh krim (saya guna 1 kotak kecil susu ...penuh krim jenama Marigold)
1/2 cawan gula pasir + 5 sudu besar air
2 sudu teh essen vanilla
2 kuning telur
2 sudu besar tepung jagung

Cara memasak:
1. Masukkan 5 sudu air + gula ke dalam periuk, masak hingga mendidih & gula larut. Tutup api.
2. Di dalam cawan campurkan sedikit susu dengan 2 sudu besar tepung jagung. Kacau rata.
3. Masukkan campuran susu + tepung jagung, baki susu, 2 kuning telur dan essen vanilla....kacau rata.
4. Masukkan campuran susu dll tadi ke dalam periuk yang berisi larutan gula tadi, kacau rata dgn api yang kecil sehingga menjadi likat atau pekat. Tutup api dan angkat

Kulit puff pastri
Saya gunakan pastri puff jenama Kawan paket 40gm x 10pcs. Dengan adunan custard filling di atas kita boleh dapat dalam 32 biji egg tarts = 8 kpg puff pastri.

Caranya:
Panaskan oven selama 10 minit - suhu 190-200 darjah celcius/400 darjah Fahrenheit.

1. 1 keping pastri puff di belah 4 untuk mendapat 4 kpg pastri puff terap bentuk bulat.
2. Masukkan ke dalam acuan muffin - saya gunakan acuan yang boleh memuatkan 12 keping puff. Cucuk2kan bahagian permukaan bawah dgn garpu.
3. Sudukan custart filling penuh (tapi pastikan tidak melembak) ke dalam setiap pastri puff dalam acuan muffin tersebut. Bakar selama 20 min atau sehingga egg tart berwarna keemasan seperti gambar egg tart saya tuuuu. Bila keluar kadang2 tu bentuk dia pelek sikit, boleh bentukkan fillingnya masa masih panas. Angkat dan biarkan sejuk.

Sedap dimakan ketika masih panas dengan teh 'O' halia/lemon panas...mmmm yummy.
Selamat Mencuba ye !!!


2 Yorum var:

Deeeee said...

Salam Auntie,

Wah wah wahhhh pastri! Bestnya.. nak try nak try..

Auntie sihat? hehehe.. lamanya Dayah tak jenguk ke sini. Dah macam-macam Dayah tertinggal.

Kak Ungku Betty said...

Walaikumussalam Dayah,
Alhamdulillah, aunty sihat2aje. Haa cubalah buat egg tarts ni, tak payah beli kat KFC or bakery, lagipun susah nak dapat...;D

Take a good care of your health, Dayah...miss you dear ;D

Related Posts with Thumbnails