Tuesday 19 April 2011

Abang Kak Ungku On Dialysis Mulai Hari Ini....

Semalam, 18 April 2011.....
suamiku berada hampir setengah hari...
di Hospital Pakar Putra, BP menguruskan abangku....
yang menjalani pemeriksaan doktor pakar kerana masalah buah pinggangnya.
Pagi ini, 19 April 2011....
abang, sekali lagi dgn ditemani oleh suamiku di hospital pakar yang sama....
dan dia mula menjalani sesi pertama dialysis.





Doaku...."Ya Allah, kuatkanlah semangat abangku,
berikan kepadanya kesabaran serta kekuatan iman,
fizikal, mental, rohani & jasmani....
dalam menghadapi ujian Allah yang amat berat ini.
Kepada suamiku, terima kasih atas keperihatinanmu,
ikhsan dan kasih sayangmu...
amat mengambil berat terhadap abangku,
semoga Allah sentiasa memelihara kesihatanmu, merahmati,
menyayangi, mempermudahkan segala urusan suamiku...
di dunia dan akhirat, insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Kali pertama dialysis...selama 2 jam 30 min.
Menurut suamiku...sessi selepas ini,
akan memakan masa lebih lama lagi,
3 hingga 4 jam.....wow! lamanya....
Lepas dialysis...petang tu lepas makan tengahari,
abang Kak Ungku nampak lemah aje....
Dia tidur nyenyak petang itu...
Sebelam malam lepas solat Isyak,
abang kak Ungku tidur lagi....nampak dia betul2 letih....
Doa Kak Ungku dia mampu bertahan dan kuat semangat...
menghadapi ujian Allah ini, insyaAllah.
Sessi seterusnya...pada hari Khamis.
My brother akan di bawah observation doktor pakar di HPP
selama seminggu, lepas itu barulah dia akan meneruskan,
sessi dialysisnya di pusat dialysis di Pontian.

1 Comment:

Rossy Rose said...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. harap abg Atan dikurniakan byk kesabaran di atas ujian dariNya.. diiringi Doa kami dari jauh.. Semoga cepat sembuh.. aminnn..

Related Posts with Thumbnails