Sunday 5 December 2010

Kunjungan Marathon Sahabat-Sahabat....

Kak Ungku menerima kunjungan secara 'marathon' dari sahabat-sahabat sejak dari Rabu, 1 Disember, 2010 hinggalah Sabtu 4, Disember 2010.

Hari Rabu malam, jam 10.15 mlm, Rabu, 1 Disember 2010....
Kak Ungku menerima kunjungan dari CEO, Yayasan Minda Kebangsaan (MINDA) iaitu Saudara Yusoff Zaky & keluarganya. Malam tu kami berbincang sampai 3.30am mengenai Program Simulasi, School of Life (SOL), insyaAllah moga menjadi sebahagian daripada sumbangan berharga kami kepada 1Malaysia....nantikanlah.....

Hubby & Yusoff Zaky....serious 'brainstorm' mengenai SOL.....


Gambar kenang-kenangan bersama Yusoff Zaky & family....



Sebaik saja Yusoff Zaky dan family bertolak balik petang itu....tak sampai 15 minit, Kak Ungku menerima pula kunjungan dari Dr Kamal, Pengerusi Kumpulan Anggota Pemikir MINDA yang datang bersama isteri yang juga ex-coursemate Kak Ungku masa di UIA dulu, Nur Hannah.

Kami sempat membawa mereka bersiar2 di Pantai Lereh, Pantai Puteri dan Pantai Kundur, Melaka.....



Balik daripada Melaka pulak, pada 4 Disember, 2010....Kak Ungku dikunjungi pulak oleh Dr Patmawati atau panggilan manja Kak Pat & family di pejabat kami. Kak Ungku, Kak Pat dan Hannah dulu satu course masa belajar di UIA, kira-kira 24 tahun dahulu....seronok bila dapat berjumpa sahabat-sahabat lama, semoga Allah merahmati perjumpaan kami ini. Kepada sahabat-sahabat terima kasih kerana sudi mengunjungi Kak Ungku & hubby....



0 Yorum var:

Related Posts with Thumbnails