Thursday 4 November 2010

Cuti-cuti Melaka & Pantai Lereh, Melaka (1)

Kak Ungku balik bercuti bersama hubby ke Melaka pada awal November ini. Kami tinggal di rumah kakak hubby yang mesra dengan panggilan Kak Long di Spring Garden. Taman Spring Garden ini membelakangkan pantai Lereh, Tanjung Keling, Melaka, yang terletak 9km daripada Bandar Melaka.

Kak Ungku membelakangkan Pantai Lereh, Tanjung Keling, Melaka.
Belakang sebelah kanan adalah Taman Spring Garden dan bangunan tinggi
di sudut sebelah kiri atas adalah Everly Resort Hotel, Melaka


Pemandangan Pantai Lereh, Tanjung Keling, Melaka




Aktiviti memancing di Pantai Lereh


Pengkalan Jeti Nelayan di Muara Sungai Lereh
Tanjung Keling, Melaka



Haha.... ini adalah gambar cucu sedara Kak Ungku, Danial Haimi yang sempat Kak Ungku snap. Tengok seolah-olah dia lompat tinggi, kan? Kak Ungku selalu ajak Danial menemani Kak Ungku bersiar-siar ke Pantai Lereh selain daripada suami Kak Ungku. Seronok bersiar-siar di pantai samada di waktu awal pagi ataupun pada sebelah petang.....udaranya nyaman dan segar sekali.


Entry lepas ini Kak Ungku akan ceritakan pasal family gathering masa cuti Deepavali. Abang Kak Ungku & family, adik & isteri serta anak-anak hubby juga datang memeriahkan family gathering kami.

Sebahagian daripada family Kak Ungku

Anak-anak Hubby....Maulana AF8 & kakak2nya serta cucu-cucu

2 Yorum var:

Yunne Osman said...

syoknya kan bila dpt bercuti bersama org2 tersayang =) can't wait for my husband to come back and have a nice long holiday!

Shin Chan Comel said...

bestnya cuti...:)

Related Posts with Thumbnails