Sunday 19 September 2010

MUSYTARI (JUPITER) HAMPIRI BUMI ISNIN INI

Petikan dari Mingguan Malaysia, AHAD, 19 SEPTEMBER 2010



CAPE CANAVERAL, Florida 18 Sept. - Penduduk dunia berpeluang menyaksikan Musytari (Jupiter) dengan mata kasar lewat malam Isnin ini, apabila planet itu akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 50 tahun.

Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 juta kilometer dari Bumi lewat malam Isnin, jarak terdekat dengan Bumi sejak tahun 1963. Planet terbesar dalam sistem solar tersebut mengeluarkan cahaya tiga kali lebih terang berbanding bintang paling berkilau di langit iaitu Sirius, dan ia hanya boleh dilihat sekali lagi pada 2022.

Sirius



"Musytari sangat terang sekarang sehingga anda tidak memerlukan peta langit untuk melihatnya. Anda hanya perlu berjalan di luar dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi pemerhati pengalaman, perbezaan melihat Musytari kali ini sangat penting" kata Tony Philips, seorang pakar astronomi California yang kerkhidmat dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Bukan sahaja Musytari, planet Uranus juga dilapor bakal berada hampir dengan Bumi pada malam yang sama. Ia akan berada dekat dengan Musytari tetapi agak sukar dilihat dengan mata kasar. Melalui teleskop, Uranus akan bersinar seperti cakera berwarna hijau zamrud, kurang satu darjah berbanding Musytari.


Musytari berada agak dekat dengan Bumi dalam tempoh setiap 12 tahun. Pada 1999 ia melalui Bumi agak jauh. Philips berkata, fenomena yang disifatkan sebagai 'sekali seumur hidup itu' agak luar biasa kali ini kerana Uranus akan turut berada dekat dengan Bumi pada masa yang sama.

Walaupun boleh dilihat berhampiran Musytari menerusi teleskop, Uranus sebearnya berada pada jarak 2.7 billion kilometer dari Bumi pada malam Isnin ini.

2 Yorum var:

Unknown said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS INFO YANG DIKONGSIKAN

Kak Ungku Betty said...

luahfikiran:
Sama-sama....cuba jugak nak tengok, kot2 nampak, tapi saya diBP asyik hujan sebelah aje kebelakangan ini, jadi tak nampak...;D

Related Posts with Thumbnails