Monday 12 July 2010

Yayasan MINDA Kebangsaan


Mengenai MINDA

Deklarasi pendidikan untuk semua memberi makna bahawa setiap warganegara mempunyai hak kesaksamaan terhadap akses pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelektual setiap individu masyarakat.

MINDA ditubuhkan khusus bagi memperjuangkan agar setiap individu mendapat hak kesaksamaan tersebut tanpa meminggirkan mana-mana komuniti masyarakat termasuk komuniti berkeperluan khas (Special Educational Needs, SEN) dan kurang upaya (Disabilities).

Program pengupayaan pendidikan bermasaalah pembelajaran adalah di antara fokus utama MINDA agar mereka dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan komuniti perdana di dalam sistem pendidikan negara.

Dalam mencari keseimbangan pendidikan dalam komuniti perdana demi merapatkan jurang ekonomi dan sosial serta pembangunan integriti ke arah kesejahteraan, MINDA telah membangunkan program SCHOOL OF LIFE™ sebagai program rutin untuk minda iaitu kaedah pembelajaran berterusan dan medium penyampaian ilmu yang dapat dipraktik oleh pelbagai peringkat umur dan pendidikan dengan pendekatan ringkas, santai, mesra pengguna dan bukan dalam suasana belajar.

Penubuhan Yayasan MINDA Kebangsaan (MINDA) telah diluluskan pada 13hb Julai 2006 dan diperbadankan pada 16hb Ogos 2006.

Misi MINDA ialah untuk mempertingkatkan tahap pembangunan intelektual setiap individu masyarakat khususnya individu berkeperluan khas agar suatu hari nanti jurang pendidikan di antara komuniti berkeperluan khas dan komuniti perdana dapat dihapuskan, seterusnya kesaksamaan hak di dalam sistem pendidikan kebangsaan akan dapat dicapai.

Yayasan MINDA Kebangsaan telah mendapat kelulusan pelepasan cukai pendapatan kepada penderma dibawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 berkuatkuasa 1hb Disember 2006 (Ruj:LHDN.01/35/42/51/179-6.6083).


Kumpulan Pemikir MINDA

klik di sini : Yayasan MINDA Kebangsaan


Memandangkan MINDA menawarkan pelbagai program latihan dan pendidikan untuk sektor awam/ korporat juga individu serta dapat mengubahsuai apa saja bentuk latihan yang difikirkan menjadi keperluan atau permintaan sesebuah organisasi, maka sebuah kumpulan yang jitu dari pelbagai sektor, kaum dan kumpulan sasar telah dibentuk sebagai penasihat kepada MINDA khususnya merekabentuk medium pendidikan melalui program simulasi dan untuk mewujudkan pendidikan 1Malaysia yang dianggotai oleh:-

Dr Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Rus, Sejarah (UM) – Pengerusi

Dr Salasiah Hitam, Optical Communication Engineering (UPM)

Dr Zulkanain bin Abdul Rahman, Timbalan Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial (UM)

Dr Wan Mohd Rushidi Haji Wan Mahmud, Pakar Perunding Perubatan Neuro Behavior

Puan Jamhariah Jaafar, Journalist

Mr Felix Cheah, Business

Puan Nazli Ghazali Kvernevik, Environmentalist

En Yogeshwaran Rajasegar, Education

En Mohamed bin Sehat, Law

En Zulkifli Ramli, Oil & Gas

En Kamarulzaman Almarwan MSP, EXCO Malaysian Association of Professional Speakers

YM Tengku Badariah Hassan, Economy

En Mior Azli Mior Md Isa, Engineer

En Muhammad Firdaus Maulana bin Mohamed (Maulana AF8), Designer

En Abu Bakar bin Shafie, Education

Ustaz Mohd Fariiqul Amin Mohd Rosli, Pengajian Islam


(Kak Ungku, Hubby & Maulana telah dilantik sebagai sebahagian daripada ahli Kumpulan Pemikir MINDA berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.
Perlu Kak Ungku tegaskan di sini, perlantikan kami BUKAN kerana hubungan kekeluargaan, tetapi lebih kepada kepakaran, kelebihan dan komitmen yang mampu disumbangkan dalam bidang masing-masing).



Mengenai School of Life

klik di sini: Mengenai SCHOOL OF LIFE™ « Yayasan MINDA Kebangsaan

Program Simulasi SCHOOL OF LIFE™ yang diasaskan oleh The Finishing Academy of Malaysia Sdn Bhd ini dikesan oleh MINDA sebagai sesuatu yang hebat dan unik kerana kaedah pembelajaran yang diperkenalkan tidak berpijak pada kaedah konvensional dan pendekatan yang digunakan sangat ringkas, santai dan menghiburkan serta dapat dijadikan medium alternatif penyampaian ilmu dan medium menurunkan pengalaman dan ianya boleh diubahsuai kepada pelbagai kumpulan sasar iaitu pelajar menengah/rendah, pelajar IPTA/IPTS, kakitangan awam/korporat, usahawan dan OKU.

Justeru, MINDA telah menyusun sebuah kumpulan pemikir yang dianggotai oleh barisan pemikir dari pelbagai sektor mewakili pelbagai kumpulan masyarakat dan kaum antaranya ialah Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus dari Universiti Malaya, Dr Zulkanain Abdul Rahman Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr Salasiah Hitam dari Universiti Putra Malaysia , Dr Wan Mohd Rushidi Pakar Perunding Perubatan Neuro Behavior dari artis sehingga pakar dalam bidang petroleum secara sukarela dengan semangat 1Malaysia untuk membangunkan program ini supaya lebih mantap dan mesra dengan jaminan kualiti ilmu yang disalurkan dapat memberi anjakan pembentukan sikap dan minda masyarakat secara total.

2 Yorum var:

Yunne Osman said...

yeay! i can read your blog again so that means it's malware free now :-)

Kak Ungku Betty said...

Alhamdulillah....and say no to fabuloussaver.com next time...sibuk aje, so troublesome :(
Glad you can read my blog again at last. If you encounter any malware problems or what so ever...please let me know A.S.A.P, OK dear.

As you've said in your blog...hope this is a start for a good friendship, InsyaAllah. My guts feeling saying that you're such a nice person too Yunne. Let's stay in touch from now on...take care dear ;D

Related Posts with Thumbnails