Wednesday 23 June 2010

"RSVP" - MAULANA AF8

Penat-penat lepas buat kerja rumah.....take a break, Kak Ungku dengar pulak lagu 'RSVP' dari anak bujang my hubby yang sorang ni. Jom kita dengarkan sama-sama.....





Lirik: "RSVP" - Maulana AF8

Kali pertama ku melihat
Hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan

Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya
Tapi di dalam realiti belum pasti

Chorus
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu

Andainya benar katakanlah
Agar dapat mengorak langkah
Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk

Ulang Chorus

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu
Luahkanlah isi hatimu

Ulang Chorus 2X

Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

6 Yorum var:

Nely's Kitchen said...

Salam Kak Bad.. lyza & anak2 pon suka gk lagu maulana ni..nnt kim salam pd maulana ye kak..

Hajjah Noraini @Nanie said...

ha ha ha....bukan ker setiap kali bila ada peluang Tengku memang dgr lagu2 maulana tuh..
Akak tengok Abah nya pun 'angau' kat anaknya Maulana..he he he
Akak doakan Maulana berjaya dlm perjuangan seni nya..

Shin Chan Comel said...

kalau raya posa nanti maulana buat rumah terbuka tak?hehehe gurau je..

Kak Ungku Betty said...

Walaikumussalam Lyza...oh ye ke anak beranak Lyza suka lagu RSVP Maulana? Haha...terima kasih. InsyaAllah Kak Bad akan sampaikan salam Lyza & family kepada Maulana bila dia call nanti.

Teruskan menyokong perjuangan seni Maulana ye...Terima kasih Lyza.

Kak Ungku Betty said...

Kak Nani...itulah pasal semua anak beranak sudah angau dengan lagu 'RSVP' Maulana ni daaa. Ya Habibi, Ya Maulana, apa sudah jadi??

Lagu ni dah masuk carta ERA..kalau tak silap. Terima kasih di atas doa Kak Nani, insyaAllah moga dia berjaya dalam karier seninya dan juga designer yang terkenal.

Mak Peah tanya bila Kak Nani nak datang lagi?? ;D

Kak Ungku Betty said...

Kerol...Hi, lama tak dengar khabar berita. Tentang rumah terbuka tu, aunty tak tahu lah pulak. Mungkin rumah terbuka bersama ASTRO kot.

Maulana punya sibuk kalahkan Dato' Siti Nurhaliza....Maulana, Maulana. Kerol dengar2kan lah lagu RSVP Maulana yer...thanks a lot dear.

Related Posts with Thumbnails