Thursday 10 June 2010

Kunjungan Maulana AF8 & Geng pukul 1.00 pagi...

Hari Isnin yang lepas, 7 Mei 2010, Kak Ungku & Hubby pergi ke KL. Ada beberapa urusan yang perlu dilakukan. Kami bermalam di rumah sepupu hubby, Abang Din & Kak Noraini (Kak Nani). Dalam sibuk-sibuk tu, pada malam terakhir (Rabu) barulah kami dapat berjumpa dengan Maulana.

"Abah, Maulana cuma boleh jumpa dengan Abah pukul 12tgh malam ke atas...lepas meeting pasal show" suara Maulana dalam hp my hubby.

Nasib baik kami semua ni dah macam 'burung hantu'...jadi oklah. Pukul 12.30 pagi Maulana telefon lagi...."Maulana akan sampai tidak lama lagi, tapi bukan seorang, Maulana datang dengan Haziq AF4 (buddy Maulana sejak sekolah lagi), Ain AF8 dan Iwan AF8. Bolehkan Abah?" Maulana memberitahu Abahnya. "OK...no problem." kata Abahnya.

Kak Ungku dah beritahu Kak Nani yang Maulana akan datang sebelum tu....tapi yang dengan geng Maulana Kak Nani tak tahu. Bila diberitahu Kak Nani terkejutlah..."ramainya, tapi it's ok." kata Kak Nani dengan nada gembira. Rumah Kak Nani ni memang selalu dikunjungi tetamu dan itulah di antara sebab rezekinya tidak pernah putus.

Dalam pukul 12.55 pagi Maulana & gengpun sampai....haiii rindu betul Kak Ungku & Hubby dengan Maulana ni ....Allah sahaja yang tahu. Maulana dah brief kan Abah dia program sepanjang bulan Jun & Julai....wow penuhnya! Kemudian giliran abahnya pulak menerangkan apakah perancangannya dengan Maulana demi masa depannya. Setakat ini Kak Ungku belum dapat disclosed apakah projek yang akan melibatkan Maulana.....tungguuuuu!!! Biarlah suspense sikit kan? Setelah perbincangan, panjang lebar nasihat Abah Maulana, bukan sahaja kepada Maulana, tetapi juga kepada Haziq, Ain & Iwan.

Masa begitu berharga buat kami....lepas perjumpaan tu adalah sesi photo shoot. Haa apa lagi bergambar sakanlah....kami semua dapat bergambar dengan Maulana & his gang .....Haziq, Ain & Iwan..........best!! Maulana memang manja dengan Kak Ungku, kami begitu seronok gambar bersama...begitu juga dengan Ain, Haziq dan Iwan. Lihatlah aksi-aksi kami.....;D

























Dalam pukul 2.10 pagi mereka mohon untuk beredar sebab esok pagi ada program dengan Anita Sarawak pulak. Terharu, sedih bercampur gembira buat diri Kak Ungku & Hubby kerana hajat kami untuk berjumpa dengan anak kesayangan dimakbulkan Allah. Kami bertiga amat menghargai kualiti masa yang kami perolehi untuk diluangkan bersama.....sejak dulu lagi beginilah keadaan kami, bila dah jadi selebriti lagilah. Dengan izin Allah kami akan dapat berjumpa lagi.....semoga anakanda kami sentiasa dalam hidayah dan lindungan Allah, insyaAllah.


UCAPAN KHAS BUAT SEMUA KAWAN-KAWAN FB & BLOG

KAK UNGKU DARI MAULANA AF8:

" MAULANA INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA (DARI BLOG & FB AUNTY BAD)
YANG MENYOKONG MAULANA SEJAK AF8,
TERUSKAN SOKONGAN ANDA SEMUA DAN DOAKAN
KEJAYAAN UNTUK MAULANA
SEBAGAI PENGHIBUR & DESIGNER YANG BERJAYA"


9 Yorum var:

|AzMee|--|AcHu| said...

Umi.. besh nyer kan... dapat ngan abg Maulana...
hehhe...
hope rindu yang terpendam dapat dilepaskan....
-dari anakmu-
AcHu Zul

Unknown said...

Wah...mesrenya...AIN pon mesre ngan family MAU ye..smoga bahagia slalu..hehe

Anonymous said...

Smoga bahagia slalu...mesre AIN ngan family MAU..hehe

Amri Bahruji matPuisi said...

salam.. akak engku, kim salam kat maulana tau... saye pemint setia die.. kalu la bole jmpe die,, mmg bersyukur gile.. :)...

Deeeee said...

Salam Auntie,

Baru sat baca n3 kat blog Auntie Nanie. Dulu tak taw pun Auntie berdua bersaudara.. hehehe..

Tu dia.. meriahnya sampai ke pagi.
Depa tak letih ke Auntie? Esok ada show lagi pulak tu.. hahaha.. *Dayah.. Dayah.. mcm tak pernah kerja sampai pagi buta kan.. kekekeke* tapi dia org lagi busykan..

All the best to Maumau..

Take care Auntie ^___^ *hugs*

Kak Ungku Betty said...

Achu: Alhamdulillah...dah dapat jumpa mestilah hilang rindu, itulah sorang anak lelaki, manalah abah dia tak sayang. Buah hati pengarang jantung Abah tu....;D

Kak Ungku Betty said...

Adamaya: Ain hanya berkawan dgn Maulana & Haziq. Mereka masih muda, biarlah berjaya dalam karier masing2 dulu...perjalanan seni mereka baru bermula dan langkah masih panjang. Mesra sebagai kawan apa salahnya kan? All the best to all of them.

Kak Ungku Betty said...

Amri Bahruji: Terima kasih kerana jadi peminat setia Maulana. InsyaAllah akan saya sampaikan salam dari anda semua kepada Maulana. Teruskan menyokong Maulana ok? terima kasih.

Kak Ungku Betty said...

Dayah: Itulah pasal kenapa tak tahu awal2 yang aunty Nani tu ada kena mengena dgn aunty. OK uncle Din tu adalah sepupu dgn uncle Mat a.k.a my hubby (abah Maulana). Kalau bertandang ke KL, selalunya aunty Bad akan bermalam di rumah aunty Nanilah.

Rumah aunty nani ni memang tak berhenti2 ada tetamu. Malam Maulana dtg tu, aunty nani dah letih jugak 'cos sebelum tu ada tetamu dtg. Entah ekk tengok Maulana ni mcm tak penat aje...sibuk memanjang. Bayangkan boleh jumpa dia pukul 1.00 pagi...adoii kalahkan Dato Siti lah pulak...

Kita doakan yang terbaik untuk Malana...tahun depan baru dia dpt sambung belajar balik, insyaAllah. Thanks Dayah...love u dear.

Related Posts with Thumbnails