Thursday 27 May 2010

Maulana dan Konsert AF8 - (Bhg 2)


Kalau kita bertanya kepada Maulana apakah cita-citanya? Pastinya beliau menjawab bercita-cita mahu menjadi seorang penyanyi, penghibur serta seorang pereka (designer) yang terkenal dan berjaya. Maulana ternyata optimis dengan hala tuju kerjayanya. Akademi Fantasia merupakan spring board kepada Maulana untuk menyerlahkan lagi bakat nyanyiannya dan menjadikan genre contemporary jazz diterima dengan baik oleh setiap lapisan peminat muzik di tanahair. Selain daripada ingin mengubah nasib keluarga, Maulana juga berharap agar kehadirannya di persada industri muzik tanahair dikenali dan mendapat pengiktirafan.

Genre muzik jazz, funky, balada, oldies dan broadway amat diminatinya. Maulana juga boleh menyanyikan lagu-lagu dalam pelbagai genre lain seperti reggae, pop, R&B, rock dan juga keroncong dengan begitu baik sekali. Sejak kecil lagi beliau biasa mendengar lagu-lagu potpourri & penyanyi kegemaran Abahnya seperti Broery, Ebeit G. Ade, Hetty Koes Endang, Jose Feliciano, Nat King Cole dan ramai lagi. Sebab itu irama jazz bukanlah asing baginya dan tidak mustahil sesetengah orang mengatakan bahawa Maulana mempunyai taste orang tua.


Ok Kak Ungku masukkan semua muzik video lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Maulana dari Konsert Prelude hinggalah Konsert ke-9. Jom kita dengar......

Konsert Prelude: TEKAD




Konsert Pertama: EXTRAVAGANZA




Konsert Kedua: HASRAT HATI




Konsert Ketiga: SO SICK




Konsert Keempat: BIARKAN




Konsert Kelima: KU BUKAN AKU




Konsert Keenam: BILA RINDU Bersama Sham Kamikaze




Konsert Ketujuh: SEMALAM




Konsert Kelapan: DALAM GERIMIS




Konsert Kesembilan: MEDLEY BETTER MAN/INIKAH CINTA



Walaupun Maulana selalu sahaja berada di zon bahaya tetapi nasib sentiasa menyebelahinya, dia tidak tersingkir dan berjaya melangkah ke Konsert Akhir AF8. Maulana adalah pelajar, pada pendapat Kak Ungku yang paling konsisten dari segi persembahan. Suaranya tidak bernah 'terkucil' samada pada nada tinggi mahupun rendah. Ternyata genre muzik contemporary jazz begitu sesuai dengan suara dan jiwa Maulana. Biar apapun kritikan yang diterima dari para juri dan orangramai, Maulana akan tetap memilih contemporary jazz sebagai genre muzik yang akan diketengahkan setelah keluar dari AF8. Jadi 5 finalis AF8 adalah MAULANA, ADIRA, SHAHIR, DAUS DAN IWAN.





Cerita seterusnya......pengalaman Kak Ungku di Konsert Akhir AF8.

****************************************

0 Yorum var:

Related Posts with Thumbnails