Friday 11 December 2009

Jodohku 9 : Peristiwa-peristiwa Menjelang Majlis Perkahwinan


Menjelang hari ulang tahun perkahwinan Kak Ungku & suami tersayang yang ke 8, iaitu pada 21 Disember 2009, Kak Ungku ingin mengimbas kembali peristiwa-peristiwa masam-masam manis yang kami tempohi bersama.....7 tahun, 11 bulan, 2 minggu dan 6 hari dahulu.

Bila dikenang-kenang semula ada beberapa peristiwa yang Kak Ungku tidak akan lupa seumur hidup Kak Ungku antaranya:


(1) Permohonan Akad Nikah Kerabat Diraja

Sebagai Kerabat Diraja Johor, Kak Ungku & suami yang ingin bernikah di dalam Negeri Johor Darul Ta'zim perlulah mendapat izin perkenan serta dipersetujui oleh D.Y.M.M Baginda Tuanku Sultan.

Pengelola Bijaya DiRaja Johor, Dato Perdana Dalam Sulaiman Mohd Salleh (ayahanda kepada sahabat Kak Ungku, Hazara binti Dato Sulaiman), telah banyak membantu mempercepatkan proses permohonan ini...alhamdulillah.

Yang kelakarnya menurut cerita Dato' Sulaiman, dalam ramai-ramai senarai kerabat, nama Kak Ungku yang menarik perhatian Tuanku.

Tuanku:"Tengku Badariah ni boleh tahan...kerja bagus, dapat suami orang dah berumur, orang 'kecik'....Dato' kenal dengan Tengku Badariah ni?"
Dato Sulaiman : "Kenal Tuanku, Tengku Badariah ni pangkat anak saudara dua pupu dengan Tuanku dan sahabat baik anak patik....seorang pegawai korporat, berumur 35 tahun.... Tuanku."
Tuanku: "Dah berumur 35 tahun? Nasib baik kahwin...padanlah.. suami diapun dah berumur!"
(peh....remark Tuanku ini yang tak tahan ni.....haha)
Dato' Sulaiman: " Jodoh dah sampai Tuanku, insyaAllah."


Akhirnya Surat Permohonan Akad Nikah Kerabat Diraja Antara Kak Ungku & suami, telah diperkenan dan dipersetujui oleh D.Y.M.M Tuanku Sultan dan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Johor untuk tindakan selanjutnya oleh Pegawai Tadbir Agama BP dan jurunikah berkenaan. Salinan surat seperti yang dilampirkan.


(2) Ustaz hadir Kursus Perkahwinan...???!!
Seperti pasangan yang lain, kami berdua perlu menghadiri Kursus Perkahwinan.
Yang kelakarnya kami berdua adalah pasangan yang paling 'veteran' (berumur) dalam ramai2 peserta kursus.

Suami Kak Ungku memanglah segak, dahlah dia berumur, bila dah pakai baju melayu, bersamping dan bersongkok macam ustaz2 lah pulak. Ada suatu ketika tu (masa awal pendaftaran) seorang peserta lelaki 'approach' kami berdua.

Peserta: Ustaz, boleh saya nak tanya sikit?
Suami:....mmmm saya bukan Ustaz nak....sayapun baru nak 'start'!
Peserta: Ohh, maafkan saya Encik!

Kak Ungku dan suami merah2 mata menahan ketawa....sakit perut dibuatnya!!!!


(3) Keputusan Ujian Kesihatan

Tahun 2001 di Johor dah mula untuk pasangan
yang ingin berkahwin membuat pemeriksaan kesihatan.
Walaupun kami yakin 'tak ada apa-apa', insyaAllah......,
tapi heran nak tunggu keputusan pemeriksaan tu berdebar2lah pulak....

Tapi lega....alhamdulillah ujian saringan HIV kami berdua disahkan NEGATIF.




(3) Siapa yang nak kahwin ni???

Oleh kerana persedian untuk majlis cuma 2 bulan....semua kerja perlu ekspress.
Dalam checklist - cari Mak Andam/pelamin/mekap pengantin.
Tanya mak2 saudara...mereka rekomenkan seorang Mak Andam ni.
Jadi masa pergi kedai Mak Andam ni Kak Ungku dan suami bawaklah semua bakal anak2 tiri Kak Ungku yang 3 perempuan (Atim,Anan & Baby)& hero yang sorang tu(Maulana).

Baby: Aunty Bad pilih veil & crown tau...nanti Aunty Bad jadi mcm Tuanku Siti Aishah.
Kak Ungku: Tengok veil & crown yang sepadan dengan tudung ni?
Mak Andam: Yang mana satu pengantin? Yang ini ker?....sambil menunjuk anak Kak Ungku yang sulung...Atim. Veil tak payah labuh sangat & tiara pun biar comel macam orangnya.
Kak Ungku...Anan...Baby..Maulana & Hubby: Haaaaaa! bukan anak yang pengantin...tapi aunty dia!
Mak Andam: Ohh ye ker...(dgn rasa bersalah), maafkan saya, mintak maaf banyak2...salah sangka!

Haiii itulah bila 'andalusia' yang nak jadi pengantin.....kesian Kak Ungku kan?


Itulah antara kisah masam-masam manis menjelang Majlis Perkahwinan Kak Ungku dan suami. Ianya akan menjadi kenangan sampai bila-bila....

10 Yorum var:

Deeeee said...

Salam Aunty,
Alahai sweetnya ^_^
Kena minta kebenaran Tuanku ini part paling interesting & pertama kali Dayah dgr Aunty.. hohoho.. andai katalah Tuanku x berkenan.. makan hati la yer.. opss.. andai kata yer Aunty.. hhhihihihi..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, kelakar lah Bor tuh, bukan uztat tapi baru nak start. Emm..'enjin' lama tak start tuh okay ker bada?? He he he....sorry melawak jer!!

Kak Ungku Betty said...

Dayah:
Yelah Dayah...Dato' Sulaiman beritahu Aunty,nasib baik mood Tuanku baik masa nak dapatkan approval tu.. otherwise tertangguh lah majlis saya sebab jurunikah tak akan nikahkan kami!

Allah permudahkan....nak dirikan 'masjid' kan? Alhamdulillah.

Kak Ungku Betty said...

Haha...Abang Bur memang kelakar... spontan aje..love him soo much.
Terkebil2 budak yang tanya tu dibuatnya...ada lagi sebenarnya... ini tak masuk soalan interview dgn pegawai agama...nanti bila jumpa kta cerita yer....!

I agree with this quote:
" Marry a man you love to talk to & jokes with. As you get older, his conversation & jovial skills will be as important as any other."

Fardahila Binti Omar said...

akum..kak ungku,kelakar la posting kali ni..huhu...nak2 yg masa minta approval tuanku...

Kak Ungku Betty said...

Fardahila...nasib Tuanku tak gering & mood Tuanku baik, itu yang boleh bergurau dgn Dato' Sulaiman pasal Kak Ungku dan dpt approval...kalau tidak....??!!

orang muo said...

Kenangan yang menarik. Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke... semoga Allah swt mengurniakan puan & suami kebahagiaan , dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat. Amin

Kak Ungku Betty said...

Terima Kasih...orang muo di atas doa.
InsyaAllah, alhamdulillah, amin.

ZH said...

Asal Bahagia sudah...Happy Anniversary..the 8th..saya dah 19 years on the 4th Nov ago...

Kak Ungku Betty said...

Are u Zulkhairi Hassan? Sorry, if I'm wrong.
Anyway...congrats to you too..wow coming up to 20 years of marriage! that's really a long time ZH... Happy Belated Anniversary to you & wife.

Jodoh I datang lambat....better late than never..right? Alhamduillah I have a blissful marriage and a wonderful hubby so far...semoga mahligai kami berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah, alhamdulillah...aminn.

Related Posts with Thumbnails