Friday 3 July 2009

Fasa II : Perpecahan Kerajaan Johor-Riau-Lingga

Mengikut fakta sejarah, Kesultanan Johor-Riau-Lingga telah didirikan oleh Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka yang terakhir bersama-sama anaknya Sultan Alaudin Riayat Shah II, pada tahun 1528. Sebelumnya daerah Johor-Riau-Lingga merupakan sebahagian daripada jajahan takluk Kesultanan Melaka yang runtuh akibat serangan Portugis pada 1511.

Pada puncak kejayaannya Kesultanan Johor-Riau-Lingga mencakup wilayah Johor, Singapura, kepulauan Lingga, daerah-daerah di Sumatera seperti Riau daratan dan Jambi.

Kepulauan Lingga :


Pada tahun 1811 Sultan Mahmud Shah III (Sultan Johor ke-16) mangkat di Lingga tanpa menamakan sebarang pewaris tahta. Dalam sengketa yang timbul pihak Inggeris memberi sokongan kepada putera sulong Sultan Mahmud Shah iaitu Tengku Hussain, sedangkan Belanda menyokong adik tiri Tengku Hussain iaitu Tengku Abdul Rahman.

Pihak Inggeris pada tahun 1824 telah membahagikan Kesultanan Johor kepada dua iaitu

  • Johor berada di bawah pengaruh Inggeris
  • Riau-Lingga berada di bawah pengaruh Belanda.

Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah ibni al-marhum Sultan Mahmud Shah telah dilantik oleh pihak Belanda menjadi Sultan yang pertama untuk Kerajaan Riau-Lingga.

Sementara itu Tengku Hussain (Tengku Long) kekanda kepada Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah dilantik oleh Inggeris sebagai Sultan Johor (merangkumi Singapura).

Dengan peristiwa perpecahan ini bermulalah era pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga dengan Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah I ibni al-marhum Sultan Mahmud Shah sebagai Sultan Riau-Lingga yang pertama.


Seterusnya.....kita bersusur galur pula tentang Kesultanan Riau-Lingga (asal usul keluarga sebelah ayahanda Kak Ungku dan kena mengena pula dengan Kesultanan Johor ).



See you all in my next blog........


0 Yorum var:

Related Posts with Thumbnails