Sunday 24 May 2009

Salasilah Keluarga Kak Ungku dari Kesultanan Johor-Riau-Lingga

Catatan Kak Ungku kali ini akan cuba menceritakan asal usul atau susur-galur keluarga, tetapi tidaklah sampai menjadi naskah Sejarah ataupun ilmu Tawarikh (teringat masa sekolah rendah dulu...subjek Sejarah dikenali sebagai Tawarikh) yang begitu detail. Bukanlah bertujuan hendak berbangga tetapi agak teruja bila mengetahui asal usul keluarga Kak Ungku merupakan sebahagian daripada warisan Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga.

Catatan ini juga bolehlah menjadi tatapan generasi Kak Ungku yang akan datang yang mana agak naif serta bersikap tidak kisah untuk mengetahui dari mana asal usul atau susur galur warisan keluarga mereka.

Secara ringkasnya mengikut susur galur Kak Ungku sebelah ayahanda, kami berasal dari keturunan dua kesultanan iaitu Kesultanan Johor dan Kesultanan Riau-Lingga.

Recap tentang Riau-Lingga - Kesultanan Riau-Lingga pada awalnya merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melaka dan kemudiaanya menjadi sebahagian dari jajahan takluk Johor-Riau-Lingga. Tetapi melalui percaturan Inggeris-Belanda, Riau-Lingga telah terpisah dari Kerajaan Johor. Kerajaan Riau-Lingga telah diletakkan di bawah kuasa Belanda dan manakala Kerajaan Johor (termasuk Singapura) di bawah kuasa Inggeris.

Teruskan membaca blog Kak Ungku yang seterusnya...untuk mengetahui tentang Kesultanan Johor-Riau-Lingga ye....

Kesultanan Riau-Lingga

1. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah I *
ibni al-marhum Sultan Mahmud Riayat Shah (1818-1832)

2. Sultan Muhammad Muadzam Shah III
ibni al-marhum Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah (1832-1835)

3. Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV
ibni al-marhum Sultan Muhammad Muadzam Shah (1835-1857)

4. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II
ibni al-marhum Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah (1857-1883)

5. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah II
ibni al-marhum Raja Muhamad Yusuf al-mahdi (1885-1911)


* Salah seorang puteri Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah I iaitu Tengku Andak binti al-Marhum Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah telah berkahwin dengan Sri Paduka Dato' Temenggung Sri Maharaja Tun Ibrahim bin Dato' Sri Maharaja Daing Abdul Rahman, Maharaja Johor.


Susur galur Kak Ungku lebih dekat pertaliannya melalui Sultan Riau-Lingga yang kedua iaitu Sultan Muhammad Shah lll ibni al-marhum Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah.

Sultan Muhammad Shah lll mempunyai ramai isteri, melalui perkahwinannya baginda dikurniakan 6 orang putera dan 8 orang puteri iaitu :

1. Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV ibni al-marhum
Sultan Muhammad Shah
(menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Riau-Lingga ke-3)

2. Tengku Osman (Embung) ibni al-marhum Sultan Muhammad Shah
(pertalian Kak Ungku lebih dekat bermula di sini, sila lihat detail **)

Putera yang lain : Tengku Ibrahim, Tengku Andut, Tengku Haji Muhammad Said dan Tengku Jaafar ibni al-marhum Sultan Muhammad Shah.

Puteri yang lain : Tengku Dalam, Tengku Kulsum, Tengku Sharifah,Tengku Hamidah, Tengku Sapiah, Tengku Putri Mariam,Tengku Salmah dan Tengku Mukiah ibni al-marhum Sultan Muhammad Shah.


Tengku Osman Embung
melalui perkahwinannya dengan Ungku Fatima binti Ungku Daud anak kepada Ungku Daud dan isterinya, Ungku Nong Hawa binti Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim bin Dato' Temenggong Sri Maharaja Daeng Abdul Rahman, Maharaja Johor telah dikurniakan:

  • Tengku Hussain bin Tengku Osman Embung
  • Tengku Mahmud bin Tengku Osman Embung
  • Tengku Jahara binti Tengku Osman Embung (Tengku Ampuan)
***Isteri pertama Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah II ibni al-marhum Raja Muhammad Yusuf al-mahdi (Sultan Riau-Lingga yang terakhir)



Tengku Mahmud
berkahwin pula dengan Ungku Maimuhah (Ungku Embi) binti Ungku Mohamad Khalid bin Temenggung Sri Maharaja Tun Ibrahim, Maharaja Johor dan dikurniakan:
  • Tengku Abdul Rahman bin Tengku Mahmud
  • Tengku Abdul Jalil bin Tengku Mahmud
  • Tengku Omar bin Tengku Mahmud (meninggal masa kecil)
  • Tengku Ali bin Tengku Mahmud (datuk Kak Ungku Betty)
  • Tengku Sulaiman bin Tengku Mahmud

Datuk Kak Ungku,Tengku Ali bin Tengku Mahmud telah berkahwin pula dengan ninda Kak Ungku iaitu Ungku Khadijah binti Ungku Ismail bin Ungku Mohamed Khalid bin Temenggung Ibrahim (Maharaja Johor) dan dikurniakan dengan dua orang anak lelaki dan lima orang perempuan.


Salah seorang anak lelaki itulah Allahyarham Ayahanda Kak Ungku iaitu Ungku Hassan bin Tengku Ali.... atau nama panjangnya....Ungku Hassan bin Tengku Ali bin Tengku Mahmud bin Tengku Osman Embung bin al-marhum Sultan Muhammad Muadzam Shah.


Jika diperhatikan susur galur keluarga Kak Ungku, ianya adalah pertembungan pertalian keluarga dua kesultanan iaitu Kesultanan Johor dan Kesultanan Riau-Lingga.


Di dalam blog Kak Ungku yang seterusnya Kak Ungku akan ceritakan dengan lebih detail mengenai sejarah Kesultanan Johor-Riau-Lingga dengan gaya penyampaian Kak Ungku yang simple dan mudah difahami...insyaAllah.



Bersambung......






1 Comment:

Hajjah Noraini @Nanie said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails